Berbaring di atas pasir.
Depakan tangan. Terasa luas. Lapang.
Hayati bunyi ombak. Ikut tempo. Damai.
Bunyi pasir berdesir. Asyik.
Angin dingin menusuk. Sejuk.
Rambut berjurai ke muka.
Gelap.
Buka mata sekarang.
Sisirkan rambut ke tepi.
Lihat dngan jelas, bintang masih ada. Sedikit.
Pasti sebentar lagi warna langit akan bertukar.
Suara burung pun mula kedengaran.
Embun sudah jatuh ke muka.
Tutupkan mata.
Nikmati nyaman udara segar.
Indahnya keheningan.
[Dua]
Tanya pada diri:
Kenapa harus lemas di lautan itu?
Alangkah ruginya.
Naiklah ke sini, ke pantai ini.
[Tiga]
Kau jangan lupa.
Sebentar lagi bulan pergi.
Akan timbul mentari.
Berbaring sahaja di sini.
Nescaya menyesal nanti.
3 tukang komen:
sis buat sendiri ke?
haah ifa,, time jiwang melanda inilah hasilnya.hehe..
wah..hebat la sis..hee
Post a Comment