Hari tu mylaki janji nak bawak gi tengok Rumah Terbalik. Tapi akhirnya dia mungkir janji kata dirinya malas nak jalan. Huwaa.. Makan dalam. Tapi dia tebus dengan lawatan ke sini, pujuk bininya yang cantek molek ni kata bila-bila balik Tawau boleh singgah sana. Hmm.. ok la.
Mula-mula nak share info dulu. Kot-kot la ada yang nak ke sini nanti. (hai kak Dura! hehe...)
![]() |

kalau malas jalan kaki boleh naik ni. Taklah jauh sangat jalan, tapi kalau ada bawa warga emas, ini pilihan bijak.
ada elephant ride, kalu aku pegi ngan kawan-kawan tadi mesti da try.
kalu nak tengok haiwan-haiwan ni diberi makan, sila datang tepat pada masa.
budak-budak mesti suka, makbapak budak pun sama. tapi kami dah nak balik time ni.
Antara yang best di sini:

gajah Pygmy!

Sun Bear.

Harimau Malaya. Kalau tiada perlawanan inilah kerja diorang.


Tembadau. Cantik tanduk..

Keldai. Haa.. duduk sini kan bagus. Jangan terlibat ngan dadah okay!!



Orang Utans.i wonder why mylaki takes ur pictures this much.
Squirrel Monkey. Tangkas.
Red Tail Lemur.

Small Primates.


Kongkang. Semua sedang tidur. Comel plak tu tutup2 muka.
Nillgai.. my 1st time.






some of the Reptiles.
Yang lain-lain : ada Ostrich, Cassowary, rusa, memerang, banyak jenis burung, etc, etc..
Lain-lain info:
- Di luar dekat parking tu ada gerai yang menyewakan payung. Harga RM2.
- Tandas banyak. Tahap kebersihan saya tak tahu, sebab tak masuk.
- Tempat makan pun ada. Di luar depan parking area pun banyak. Tapi kami singgah minum sekejap saja, sementara tunggu budak kecik bangun. Prefer makan di rumah.
- Di sini ada Botanical Garden.Siapa yang minat pasal tumbuh-tumbuhan boleh masuk. Tapi kami tak masuk so tak pasti kena bayar ke tak.
- Dekat sini ada resort jugak. Time ni ada naik banner, sedang promo harga bilik RM50/night.
- Sekian info.Harap dapat membantu. :)
Gambar tuan tanah akan ditepek pada next entry.

4 tukang komen:
agak2 bleh apply keje dkt sni x ? :)
OooOooOoo..tak pernah pegi lagi kat situ..
tapi tu la, kenapa diorang tak buat bayaran tu all-in-one ye ?
masa pegi Poring Hot Spring pun gitu gak..nak masuk ada tiket, nak gi taman dalam dalam lagi pun ada tiket lain..
dear miya sayang! wahlah nama akak masuk dalam entri tu...tq sangat... info yang cukup lengkap..keep up good work miya!
reiko: kna tggu dorang buka iklan jawatan kosong la nmpknya,hehe..
pipoQ: sy pn baru thu psl tmpat ni 2thn lalu.. psl byaran 2 memang leceh gk. tapi kalu diorang kasi all-in-one mesti mahal lg.
kak dura: haha.. bah dtg jgn x datang.
Post a Comment