FACIAL
CLEANSING FOAM
CLEANSING FOAM
mula-mula guna yang ni..
TOTAL HYDRATION
FOAMY CLEANSER
FRESH / MOIST
FOAMY CLEANSER
FRESH / MOIST
baru-baru ni upgrade ke yang ni plak. sebab utama tukar: yang di atas sudah tak ada stok di kedai berhampiran, tapi yang ini pun memang best kaw-kaw. Rasanya, nama saja yang tukar.
sedikit info: ada vitamin granules yang berfungsi untuk massage-massage buat kita rasa nak cuci muka lama-lama.. membantu untuk mengangkat kotoran dan buang kulit mati. Lepas guna ni konfem akan rasa muka sangat segar, bersih tapi lembut sumpah tak tegang so dah tak payah pejam-pejam mata, senyum lebar-lebar, dan nganga-nganga mulut ke kiri kanan.hehe.. eh, make up yang light pun boleh hilang juga. Tapi kalau make up tebal dari clubbing-dinner-photoshoot, haruslah bersihkan dulu. Terutama bahagian mata yang guna eyeliner/maskara.
Sejak guna ni aku dah stop guna scrub. Lega sebab dah kurang sebab nak masuk supermerket belek satu persatu produk untuk dicoba dan dengar SA mempromot itu ini. Serius bikin hilang kosentrasi. Aku kalau nampak ada SA dekat situ konfem lari jauh-jauh. haha.. Oh ya, pegi Watson, Guardian memang aman damai.
Kulit aku jenis yang berminyak pada T-zone. Hampeh betul muka berminyak. Sangat tidak cute bila keluar harus bawak kertas serap minyak Johnson Baby warna biru tu. Siap lawan ngan kawan, "nehh,, aku punya lagi banyak" Tapi itu dulu la.. Now i'm free. Sila buat-buat dono dengan kemalasan saya ya.
Aku sudah pakai cleanser ni since 2008. Kawan yang introduce. Memang terbaik. Aku jenis yang tukar mana-mana produk asalkan nampak cambest. Tapi sejak jumpa ni memang tak tukar-tukar dah.
Antara lain produk Za yang pernah ku coba :
TRUE WHITE
METAVOLTAGE CREAM
METAVOLTAGE CREAM
Lepas guna memang rasa perbezaan yang best! Cuma penggunaan dia agak leceh sikit, so aku yang memang jenis pemalas maka stok dah berabad masih ada lagi. Lagipun rasa yakin aku tak perlukan exfoliator ni. *ehemm,, malas*
TRUE WHITE PLUS
POWER BLOCK UV
POWER BLOCK UV
SPF40 adalah perlindungan paling mantap. No need to say more.
TRUE WHITE
VITAMIN LIP
VITAMIN LIP
Lipbalm SPF24. Pelindungan mantap untuk bibir mungil tapi bukan bibirku. Aku tak disiplin nak pakai lipbalm ni sebab rasa dia tidak semanis Lipice perisa oren.
TRUE WHITE PLUS
TWO-WAY FOUNDATION
TWO-WAY FOUNDATION
Ni pun dah pernah try. SPF24. Tapi aku prefer liquid foundation so ini out.
TOTAL HYDRATION
MOISTURIZER
DEWY / MILKY / RICH
MOISTURIZER
DEWY / MILKY / RICH
Milky moisturizer ni memang best. Rasa nyaman, selepas cuci muka tepek-tepekkan sedikit, dan hasilnya kulit lebih lembut. Dulu packing guna botol, sekarang sudah selamat takkan pecah walau jatuh dari meja.
TRUE WHITE
ESSENCE MASK
ESSENCE MASK
sejuk-sejuk nyaman, tapi aku tak pernah tergoda ngan mana-masa mask selain bedak sejuk. hehe.
TRUE WHITE
SPOT FREE
SPOT FREE
yang ini macam best. Aku tak pernah guna, saja nak share. Siapa-siapa yang ada darkspot tu mungkin boleh try ni.
SKIN BEAUTY LIQUID FOUNDATION
Sebelum ni aku guna jenama Sariayu yang harga tak sampai RM5 tu, agak lama jugak. tapi ini lebih ringan dan kesannya terbaik. Lebih baik dari jenama Revlon yang buat muka rasa ketat.
Sekian, review dari orang yang nak cantik tapi malas ni.
Kalau nak lebih info sila klik sini. Gambar-gambar pun aku curi dari situ.
1 tukang komen:
ok ek?? nanti nak try lah
:)
Post a Comment