Aku cinta kau setengah mati, kau juga begitu. Kita janji itu ini, akan begitu akan begini. Itu ini begitu begini bersama-sama.
Sudah terfikir kemas tersimpan dalam hati kahwin nanti nak tema kaler ini, anak nak sekian-sekian bilangannya. Siap sediakan nama yang panjang-panjang biar cikgu sekolah tersasul-sasul nak menyebutnya nanti.Hehh...
Cinta, apa yang ada dengan cinta. Kalau sampai naik pelamin horey horey cinta kami hebat. Kalau berkekalan sampai beranak pinak horey horey lagi kata "eee... comelnya.inilah rupa acuan kita yang kita angan-angankan masa bercinta dulu" Kalau sampai ke tua bahagia bahagia bahagia.... okeh sampai situ sejja imaginasi aku haha.
Tapi kalau terputus di tengah jalan, bagaimana? Ada yang seawal 2 bulan (ehh, awalnya- korang gaduh ganas-ganas ke? ataupun ko dapat tahu dia dah berpunya tapi mengaku single? ish tak patutt...) Ada yang setahun, 2 tahun, 3 tahun, lantaklah sampai 6 @ 10 tahun pun. Sakit kan? Tak kisah apa puncanya, waima kau yang salah menggedik curang ngan orang lain tapi kalau namanya putus cinta memang sedih kan? Apatah lagi kalau ia berlaku tanpa kerelaan kedua-dua pihak, terus teringat adegan filen hero-heroin saling mengelap airmata masing-masing pastu yang sorang jalan, tangan cuba dipanjang-panjangkan sebab takmau lepas tangan masing-masing. Okeh,, sila nyanyi lagu "jangan pisahkan aku dan dia.. tuhan tolonglah kucinta dia" sekarang.
Sakit sakit sakit.. rasa bodoh pun ada (bagi yang curang dan dicurangi), dan yang paling bodoh mereka yang kata cinta tapi tak buat apa-apa untu pertahankan cinta. Ciss.. eh,, memang bodohla. Lagu tenda biru, pelamin anganku musnah, ataupun lagu ketahuan, kau pilih sendiri la mana yang seswai.
Balik ke tajuk di atas. Cinta tak semestinya bersatu, tak semestinya memiliki. Redha dengan ketentuan Ilahi. Istilah jodoh itu wujud. Bukan dongeng.
Ada jodoh, kahwin. jodoh tak panjang, putus.
Ada jodoh, kekal. Jodoh tak panjang, cerai. (palisss...)
Ada jodoh lagi, kalau dah cerai konfem jodoh ngan orang lain la pastu.
Itu aturan Allah SWT. Jodoh sampai, jodoh berkekalan, alhamdulillah. Jodoh tak sampai, kau ingat ni :
dia bukan orang yang ditakdirkan untukmu.. ada yang lebih baik menanti.
Buatlah, apa saja untuk menenagkan diri. Tapi harus terima hakikat dulu, redha. Lepas tu silalah enjoy. Lupakan kesedihan. Jangan cuba lupakan si dia, sebab kau tidak akan berjaya. Hanya lupakan kesedihan. Lupakan kisah cinta itu. Okehh,, aku yakin sangat macam senang saja nak buat kan, tapi itu sebenarnya lebih mudah berbanding kau murung 24/7 dan lost dalam perasaan. Paling penting, jangan lupakan Pencipta. Ia lebih mudah.
Suatu hari, akan ada kemanisan bila kau bertemu dengan yang baru. Sweeeeeet sangat, kau akan lebih menghargai. Percayalah.
Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.. Redha, pasrah.
2 tukang komen:
tu sebab kalau yang terbaik bila nak mencintai tu biar la sama sama mencintai adalah kerana Allah..
nice n3 la sis..=)
Post a Comment