Tuesday, February 14, 2012

14 Feb 2010 - aku rindu.

Assalamualaikum..

Sudah 2 tahun. Genap 2 tahun. Hari itu aku terpana.Tengah sibuk-sibuk mencari rumah sewa selepas lunch time, mymom call dan bagitau my eldest sister sudah tiada.

Aku beritahu mymom, mungkin orang lain, bukan dia. Tapi hal kematian bukan main-main. Majikan offer untuk hantar aku immediately ke airport. Balik Tawau serta merta. Gila.. aku masih tidak dapat terima. Offer majikan aku tolak, sebab dalam hati rasa berita itu adalah tidak mungkin.

Mymom waktu itu sudah dalam perjalanan ke Sandakan, untuk menuntut jenazah. Aku balik Tawau naik bas, malam itu juga. Bingung.

Apa lagi harus aku katakan dalam kekalutan itu, kalau aku melihat semua saudara-mara sudah berkumpul. Benarlah kematian ini. Dia memang sudah tiada. Dialah yang berbalut kain kafan di depan kami. Sedang kaku. Aku tidak sempat melihat wajahnya buat kalli terakhir, sebab arwah sudah dimandikan di Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Tawau.

Orangnya cantik, kulit mulus halus putih bersih. Mymom selalu memuji kulitnya. Aku cemburu. Tapi memang kulitnya jauh lebih cantik dari aku meski aku rajin berlulur dan berbedak sejuk. Matanya sepet, serupa anak cina. Siapa akan percaya dia sebenarnya berbangsa Bugis, kalau dia boleh bertutur bahasa Mandarin macam air. Dia tidak kedekut, selalu belikan makanan yang sedap-sedap. Tubuhnya kecil, tapi dia kuat. Satu hari sebiji nangka depan rumah masak, dia yang memanjat. Sebelum tidur dia akan ceritakan cerita-cerita dongeng.Walaupun berulang-ulang diceritakan, aku tidak bosan.

Ada satu lagi yang unik pasal kakakku ini. Satu hari aku ke rumah sewanya. Kami masak-masak.Guna sudip kayu. Aku tolong cuci piring tapi disuruh berhenti, biar dia yang buat. Bising katanya. Aku ikut sahaja. Tiba-tiba dia berhenti, lari ke ruang tamu. Jawab telefon. padahal aku tidak dengar pun hanfon berbunyi. Lepas itu lepak-lepak tengok TV, dia berlari ke dapur. Aku bingung! Ohh, aku tengok dia bercakap di telefon lagi. Apakah?? Aku tidak dengar bunyi apa-apa pun! TV pasang, kami bercerita, tapi dia boleh dengar bunyi vibration hanfonnya yang ditinggalkan dapur tadi. Okehh,, telingamu hebat!

Tapi itu semua sudah tiada lagi. Hanya tinggal kenangan. Dia pergi pada 14 Febuari 2010. Kematiannya adalah sesuatu yang sadis. Tapi itulah, ajal di tangan tuhan. Allah SWT Maha Mengetahui. Semoga rohnya diberkati.

Al-Fatihah.

3 tukang komen:

pipoq said...

semoga Allah merahmati roh beliau..

*promot*

http://blogr.my/?referral=191783899

p/s : gengblogger dah takde, ping kat sini lak..hehehe

Gentist Geelong said...

Hello... Just dropping by to give you some smile... Have a blessed day to all...Happy love month...

miya said...

aminn.